Wednesday, November 14, 2007

Refleksi Zaman Kanak - kanak

Aku dilahirkan di Sungai Petani, Kedah. Dalam sebuah keluarga yang sederhana.Masihku ingat betapa susahnya ayah mencari nafkah untuk menyara hidup kami sekeluarga. Keluar pagi... pulangnya malam. Ibu pula.. tidak bekerja dan begitu rajin menjaga kami adik beradik. Begitulah agaknya..pengorbanan seorang ibu dan bapa untuk membesarkan anak - anak.

Bila aku terbaca di akhbar hari ini, tentang anak yang tidak mengenang budi kpd ibubapanya, sedih pula di hati ini. Mahu rasanya aku...x@#^ anak itu.Tetapi aku bukanlah begitu, aku seorang anak yg patuh dengan kehendak ibubapa. Cuma otak ku ini tidaklah secerdik yang mereka harapkan. Setiap kali peperiksaan di sekolah rendah, no. 8 adalah milikku.Kekadang tu.. cemburu juga aku apabila melihat rakanku begitu angkuh dan sombong krn berjaya mendapat markah yang tinggi dalam ujian/peperiksaan di sekolah.

Cuma aku brsyukur krn walaupun ibubapaku tidak pernah mempunyai masa utk mendidikku dlm pelajaran...krn kesibukan mencari nafkah.. namun aku adik beradik sering diberikan nasihat dalam bidang agama.Bapaku walaupun bukan seorang "ustaz" ttp caranya amat berkesan dalam mendidik sehingga aku ingati sampai hari ini. Bagiku.. ayahku lha "guru" yang sebenarnya.

Cuma.. sekarang... aku begitu teringatkan ayah krn beliau telah kembali ke Rahmatullah. Allah lebih menyayanginya dari kami.... bersambung....

No comments: