Tuesday, April 15, 2008

Kenapa jadi begini?

Sudah lama aku tidak menaip di sini. Lantaran kesibukan yang tidak kepalangnya. Aku ingin berkongsi satu cerita tentang pengalamanku sebagai pendidik. Seperti biasa aku masuk ke kelas utk mengajar subjek kemahiran hidup. Oleh kerana, kelas itu adalah kelas yg lemah dan terakhir dalam rangking tahun 4, aku faham murid - muridnya amat lemah dan separuhnya masih lagi tidak mahir membaca.

Banyak masa yang aku gunakan untuk mengajar mereka membaca. Kadang kala pening juga aku kerana apa yg ingin ditulis di dlm buku ringkasan mengajar. Nak catat yang sebenarnya.. takut dituduh.. tidak mengikut silibus pendidikan pula. Kalau aku tulis ikut silibus maka sudah tentulah aku guru yang menipu..

Akhirnya aku mengambil keputusan utk terus dengan mengajar mereka membaca wlp itu bukannya waktu pelajaran BM. Cuma aku sedih apbl memikirkan suatu perkara yang tidak sama sekali sewaktu mengajar mereka.
Ceritanya begini.........

Aku meminta semua murid mengeluarkan buku tulis mereka. Separuh drpd mereka menggunakan alasan "terlupa" atau "tertinggal" di rumah. Stail aku.. mmg tidak suka marah2 dan menenting murid tanpa usul periksa. Jadi, aku menghimpunkan semua murid yg tidak membawa buku ini dan mengenakan denda dengan cara baru.

Aku meminta seorang demi seorang membacakan " Al - Fatihah" sebanyak 10 kali di depanku sambil berdoa semoga dibukakan pintu mereka utk menerima ilmu pengetahuan.Aku hampa krn ramai yg tidak tau membaca "al fatihah".. aku pun mulalah syak sesuatu.........!!!

aku pun bertanya kpd semua murid di dlam kelas itu " Siapa yg tidak pernah lihat ayah dan ibu solat sejak kecil hingga sekarang?.... tolong angkat tangan..

Terkejut aku......... rupa - rupanya ..separuh dari kelas ini mengangkat tangan dan mengaku bahawa tidak pernah melihat ibubapa mereka solat ketika di rumah. Astagfirullahalazimmm....

Barulah aku tahu.. rupa2nya.. murid - murid ini.. lemah dlm pelajaran dan amat nakal krn didikan dr rumah pun sudah goyah..angkara.. ibu bapa yg sibuk mencari duit/ harta dunia tanpa memperdulikan anak2 mereka.

kesimpulan yang dapat aku buat di sini...... ialah..... kebanyakan murid - murid yg gagal dm hidup dna pelajaran adalah akibat kurangnya pegangan agama..... itu hanya pendapat diriku.. salammmmmmmmmmm

Thursday, November 15, 2007

Hari Yang Penuh Bererti bagi diriku...UPSR..

Hari ini keputusan UPSR bagu murid tahun 6 2007 diumumkan. Sejak pagi ramai ibubapa dan penjaga yang hadir ke sekolah kerana tidak sabar untuk melihat keputusan anak masing - masing. Aku juga tidak terkecuali, kerana pada hari inilah aku hendak membuktikan bahawa aku juga sebagai seorang guru mampu menghasilkan sesuatu untuk sekolah.

Jam 11.00 pagi, keputusan diumumkan...wahhhhhhhhhhhhh... sekolah mendapat kenaikan sebanyak 100% bilangan 5A. Tahun 2006 hanya 21 org yg mendapat 5A, ttp 2007 ni..seramai 43 orang. Aku melihat wajah rakan dan guru besar amat girang. Walaupun begitu, aku terharu kerana suasana bertukar menjadi sedih krn ada murid yg menangis, meratap dan ketawa kerana ada yg gagal dan berjaya.Terima kasih Cikgu... itulah ungkapan yg aku terima dari murid2 ku..... terasa getar seluruh jiwa apbl mendengar ucapan itu dr anak muridku...

Aku ada membela seorang anak yatim (Nur Farah Syazwani) sejak dr kecil dan turut mengambil UPSR pada tahun ini. Akulah bapanya...sejak dr kecil lagi... namun yg aku harapkan... anak yatim yg aku pelihara ini mampu mendapat keputusan cemerlang spt rakan2 nya.

Kuasa Allah, Farah turut mendapat 5A.. dan aku anggap itu hadiah yg paling indahku terima wlp ia bukanlah anakku yg sebenarnya. Sebaik menerima keputusan dr guru besar, dia berlari memelukku dgn erat. Air matanya...bercucuran... baru aku tahu bahawa usaha aku selama ini.. berhasilllllllllllll..

Walaupun aku sibuk dengan aktiviti ict di peringkat sekolah,daerah dan negeri.. aku mampu membentuknya menjadi seorg yg cemerlang dlm pelajaran.Semua guru terkejut..krn Farah bukanlah harapan utk mendapat 5A... mungkin ... tempias..seorang guru... dia turut menerimanya.....

Akhirkata... FARAH.... kau telah membuktikan bahawa kau yg terbaik dr rakan2 yg lain wlp tanpa bimbingan seorang ayah. Janganlah kau bersedih lagi.... aku yg kau panggil... "PAK SU".. ini akan tetap menjagamu sehingga kau dewasa... biarlah apa org lain akan kata...

Cuma satu... ingatanku... " Jangan tinggal Solat"..... ia rahsia kejayaan yg tiada sempadannya...dan penuh keberkatan..

Wednesday, November 14, 2007

Nukilan : 14/11/2007

Hari ini aku kurang sihat kerana sakit yang aku tanggung selama ini semakin menjadi -jadi. Nak kata migrain pun boleh juga... cuma satu yg bestnya iaitu.. bila aku buka sahaja komputer, penyakit itu terus hilang. Terasa semacam ada hentakan untuk menghilangkan kesakitan. Aku tahu ini hanya bersifat sementara sahaja.

Aku ke klinik kesihatan yang terdekat untuk mendapatkan rawatan petang tadi. Ok juga.. peramah doktor tu. layanan yg baik kepada pesakit.Kalau semua doktor baik macam ni..tentu semua pesakit akan cepat sembut.hehee...

Seperti biasa... balik sahaja dr klinik aku terus on pc..wah.. banyak mesj dlm YM. Semua mencari aku krn tidak datang mengajar hari ini. Baru ku tahu betapa pentingnya diriku di sekolah.Bukan sahaja rakan sekerja ttp juga murid - murid ku turut menelefon bertanyakan diriku. Baruku sedar... mereka sedar dengan perubahan diriku.. semakin kurus dan tidak bermaya... aku tetap aku...

Di sekolah, aku bukan guru yg hanya mengajar di kelas, ttp aku mempunyai byk tanggungjawab lain. Selain berbakti kpd anak didik.. aku juga terlibat dengan PPD, JPN dan kementerian. Masaku byk dihabiskan di depan komputer utk menyiapkan perancangan mereka. Sampai bilakah .... harus aku begini....

Jawapanya.... AKU MESTI SAMBUNG PENGAJIANKU...YA..HEHHEE..Selama ini, aku mengambil upah menyiapkan assigment dr pelajar universiti terdekat.. baik aku pulak menyiapkan assigmnet sendiri. hehe... bukan setakat assigment pelajar diploma, bachelor, master dan phd pun aku dah pernah buatkan..... . Yg penting aku mendapat ilmu dari sistem ini. Cuma yg aku kesalkan........... pelajar ini apabila mendapat ijazah nanti... apa akan jadi... hidup malas berfikir.... dan kurang motivasi... itulah bangsaku.... Pengalaman yg paling mnecabar apbl aku cuba menyiapkan assigmnt pelajar Sains komputer.. rasa macam aku lak yg nak ambik peperiksaan.Mmg mencabar minda... dan kreativiti...... ala..melalut lak sampai cerita ni..ok stop dulu...sambung...nanti..

Aku seorang guru?

Di pagi ini.. bila aku cuba mengingati nama cikgu- cikgu ku yg pernah membimbingku.. aku gagal sama sekali. Tak tahulah mengapa.. begitu sukar aku untuk mengingati nama nama mereka.Tetapi yang pastinya.... aku sekarang sudah bergelar seorang guru. Berkatku belajar dan doa dari ibubapa telah menjadikan aku seorang guru yang bertauliah. Walaupun sekadar peringkat"diploma perguruan". Baruku tahu.. bila aku mengajar dan muridku amat lemah dalam pelajaran..tidak semestinya murid itu akan lemah selamanya. Dan murid yang nakal dan lemah itulah lebih mengingati,menyayangi gurunya berbanding murid yang pintar dan pandai. Murid yang lemah sebenarnya pelu diberikan perhatian dan kasih sayang supaya mereka tersedar dari lamunan.

Terima kasih kepada semua guruku yang masih hidup atau telah pulang ke rahmatullah. Jasa kalian tidak dapat aku lupakan. Dulu aku memanggil.. mereka...CIKGU... sekarang... aku pula dipanggil oleh murid - muridku dengan panggilan keramat itu... mungkin dunia ini nak terbalik rasanya.......

Perasaan aku suatu waktu dulu....

Soalan ini susah hendak aku jawab. Dalam bab - bab mainan perasaan ini aku amat sensitif. Bagi aku perasaan itu sudah tidak perlu difikirkan lagi.Sedih..kecewa.. kesal..bangga..gembira dan banyak lagi hanyalah "dugaan" sementara.

Dulu sewaktu aku kecil, rakan sering menegurku kerana aku mempunyai "tahi lalat" di dada yng mereka anggapkan tidak baik dan aku akan menanggung bebanan yang berat suatu hari nanti.Aku hanya mentertawakan mereka sahaja. Mungkin itu omongan kosong dari teman - teman ku.Bagiku.. semua itu ketentuanNya.

Tetapi bila difikirkan sekarang... kata- kata itu ada kebenarannya. akan ku kupas pada post yang berikutnya.Walaupun aku seorang yg "happy" sebenarnya di dlm jiwaku teselit bermacam - macam keributan. Masalah yang mendatang secara tiba - tiba dan serentak membuatkan aku pasrah dan tidak bermaya.Cuma nasibku mungkin baik kerana tuhan masih menyayangiku.....

Refleksi Zaman Kanak - kanak

Aku dilahirkan di Sungai Petani, Kedah. Dalam sebuah keluarga yang sederhana.Masihku ingat betapa susahnya ayah mencari nafkah untuk menyara hidup kami sekeluarga. Keluar pagi... pulangnya malam. Ibu pula.. tidak bekerja dan begitu rajin menjaga kami adik beradik. Begitulah agaknya..pengorbanan seorang ibu dan bapa untuk membesarkan anak - anak.

Bila aku terbaca di akhbar hari ini, tentang anak yang tidak mengenang budi kpd ibubapanya, sedih pula di hati ini. Mahu rasanya aku...x@#^ anak itu.Tetapi aku bukanlah begitu, aku seorang anak yg patuh dengan kehendak ibubapa. Cuma otak ku ini tidaklah secerdik yang mereka harapkan. Setiap kali peperiksaan di sekolah rendah, no. 8 adalah milikku.Kekadang tu.. cemburu juga aku apabila melihat rakanku begitu angkuh dan sombong krn berjaya mendapat markah yang tinggi dalam ujian/peperiksaan di sekolah.

Cuma aku brsyukur krn walaupun ibubapaku tidak pernah mempunyai masa utk mendidikku dlm pelajaran...krn kesibukan mencari nafkah.. namun aku adik beradik sering diberikan nasihat dalam bidang agama.Bapaku walaupun bukan seorang "ustaz" ttp caranya amat berkesan dalam mendidik sehingga aku ingati sampai hari ini. Bagiku.. ayahku lha "guru" yang sebenarnya.

Cuma.. sekarang... aku begitu teringatkan ayah krn beliau telah kembali ke Rahmatullah. Allah lebih menyayanginya dari kami.... bersambung....

Siapa diriku yang sebenarnya?



Ini adalah gambarku sewaktu kecil. Gambar ini telahku simpan dengan baik sehingga hari ini. Kekadang tu.. bila aja terpandang.. terasa ingin kembali ke dunia kanak - kanak. Tiada masalah.. tiada rintangan...dan tiada panggilan yang perlu dijawab..
aku ..adalah..aku.

Ibu memanggilku dengan panggilan manja..."matseri" iaitu ringkasan dari namaku yang sebenar.... Muhammad Yusri.Mungkin panggilan "matseri" ini dan doa dari ibubapa telha membuatkan aku bertambah "seri" untuk menghadapi hidup ini.