Sudah lama aku tidak menaip di sini. Lantaran kesibukan yang tidak kepalangnya. Aku ingin berkongsi satu cerita tentang pengalamanku sebagai pendidik. Seperti biasa aku masuk ke kelas utk mengajar subjek kemahiran hidup. Oleh kerana, kelas itu adalah kelas yg lemah dan terakhir dalam rangking tahun 4, aku faham murid - muridnya amat lemah dan separuhnya masih lagi tidak mahir membaca.
Banyak masa yang aku gunakan untuk mengajar mereka membaca. Kadang kala pening juga aku kerana apa yg ingin ditulis di dlm buku ringkasan mengajar. Nak catat yang sebenarnya.. takut dituduh.. tidak mengikut silibus pendidikan pula. Kalau aku tulis ikut silibus maka sudah tentulah aku guru yang menipu..
Akhirnya aku mengambil keputusan utk terus dengan mengajar mereka membaca wlp itu bukannya waktu pelajaran BM. Cuma aku sedih apbl memikirkan suatu perkara yang tidak sama sekali sewaktu mengajar mereka.
Ceritanya begini.........
Aku meminta semua murid mengeluarkan buku tulis mereka. Separuh drpd mereka menggunakan alasan "terlupa" atau "tertinggal" di rumah. Stail aku.. mmg tidak suka marah2 dan menenting murid tanpa usul periksa. Jadi, aku menghimpunkan semua murid yg tidak membawa buku ini dan mengenakan denda dengan cara baru.
Aku meminta seorang demi seorang membacakan " Al - Fatihah" sebanyak 10 kali di depanku sambil berdoa semoga dibukakan pintu mereka utk menerima ilmu pengetahuan.Aku hampa krn ramai yg tidak tau membaca "al fatihah".. aku pun mulalah syak sesuatu.........!!!
aku pun bertanya kpd semua murid di dlam kelas itu " Siapa yg tidak pernah lihat ayah dan ibu solat sejak kecil hingga sekarang?.... tolong angkat tangan..
Terkejut aku......... rupa - rupanya ..separuh dari kelas ini mengangkat tangan dan mengaku bahawa tidak pernah melihat ibubapa mereka solat ketika di rumah. Astagfirullahalazimmm....
Barulah aku tahu.. rupa2nya.. murid - murid ini.. lemah dlm pelajaran dan amat nakal krn didikan dr rumah pun sudah goyah..angkara.. ibu bapa yg sibuk mencari duit/ harta dunia tanpa memperdulikan anak2 mereka.
kesimpulan yang dapat aku buat di sini...... ialah..... kebanyakan murid - murid yg gagal dm hidup dna pelajaran adalah akibat kurangnya pegangan agama..... itu hanya pendapat diriku.. salammmmmmmmmmm
Tuesday, April 15, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)