Hari ini keputusan UPSR bagu murid tahun 6 2007 diumumkan. Sejak pagi ramai ibubapa dan penjaga yang hadir ke sekolah kerana tidak sabar untuk melihat keputusan anak masing - masing. Aku juga tidak terkecuali, kerana pada hari inilah aku hendak membuktikan bahawa aku juga sebagai seorang guru mampu menghasilkan sesuatu untuk sekolah.
Jam 11.00 pagi, keputusan diumumkan...wahhhhhhhhhhhhh... sekolah mendapat kenaikan sebanyak 100% bilangan 5A. Tahun 2006 hanya 21 org yg mendapat 5A, ttp 2007 ni..seramai 43 orang. Aku melihat wajah rakan dan guru besar amat girang. Walaupun begitu, aku terharu kerana suasana bertukar menjadi sedih krn ada murid yg menangis, meratap dan ketawa kerana ada yg gagal dan berjaya.Terima kasih Cikgu... itulah ungkapan yg aku terima dari murid2 ku..... terasa getar seluruh jiwa apbl mendengar ucapan itu dr anak muridku...
Aku ada membela seorang anak yatim (Nur Farah Syazwani) sejak dr kecil dan turut mengambil UPSR pada tahun ini. Akulah bapanya...sejak dr kecil lagi... namun yg aku harapkan... anak yatim yg aku pelihara ini mampu mendapat keputusan cemerlang spt rakan2 nya.
Kuasa Allah, Farah turut mendapat 5A.. dan aku anggap itu hadiah yg paling indahku terima wlp ia bukanlah anakku yg sebenarnya. Sebaik menerima keputusan dr guru besar, dia berlari memelukku dgn erat. Air matanya...bercucuran... baru aku tahu bahawa usaha aku selama ini.. berhasilllllllllllll..
Walaupun aku sibuk dengan aktiviti ict di peringkat sekolah,daerah dan negeri.. aku mampu membentuknya menjadi seorg yg cemerlang dlm pelajaran.Semua guru terkejut..krn Farah bukanlah harapan utk mendapat 5A... mungkin ... tempias..seorang guru... dia turut menerimanya.....
Akhirkata... FARAH.... kau telah membuktikan bahawa kau yg terbaik dr rakan2 yg lain wlp tanpa bimbingan seorang ayah. Janganlah kau bersedih lagi.... aku yg kau panggil... "PAK SU".. ini akan tetap menjagamu sehingga kau dewasa... biarlah apa org lain akan kata...
Cuma satu... ingatanku... " Jangan tinggal Solat"..... ia rahsia kejayaan yg tiada sempadannya...dan penuh keberkatan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment