Wednesday, November 14, 2007

Nukilan : 14/11/2007

Hari ini aku kurang sihat kerana sakit yang aku tanggung selama ini semakin menjadi -jadi. Nak kata migrain pun boleh juga... cuma satu yg bestnya iaitu.. bila aku buka sahaja komputer, penyakit itu terus hilang. Terasa semacam ada hentakan untuk menghilangkan kesakitan. Aku tahu ini hanya bersifat sementara sahaja.

Aku ke klinik kesihatan yang terdekat untuk mendapatkan rawatan petang tadi. Ok juga.. peramah doktor tu. layanan yg baik kepada pesakit.Kalau semua doktor baik macam ni..tentu semua pesakit akan cepat sembut.hehee...

Seperti biasa... balik sahaja dr klinik aku terus on pc..wah.. banyak mesj dlm YM. Semua mencari aku krn tidak datang mengajar hari ini. Baru ku tahu betapa pentingnya diriku di sekolah.Bukan sahaja rakan sekerja ttp juga murid - murid ku turut menelefon bertanyakan diriku. Baruku sedar... mereka sedar dengan perubahan diriku.. semakin kurus dan tidak bermaya... aku tetap aku...

Di sekolah, aku bukan guru yg hanya mengajar di kelas, ttp aku mempunyai byk tanggungjawab lain. Selain berbakti kpd anak didik.. aku juga terlibat dengan PPD, JPN dan kementerian. Masaku byk dihabiskan di depan komputer utk menyiapkan perancangan mereka. Sampai bilakah .... harus aku begini....

Jawapanya.... AKU MESTI SAMBUNG PENGAJIANKU...YA..HEHHEE..Selama ini, aku mengambil upah menyiapkan assigment dr pelajar universiti terdekat.. baik aku pulak menyiapkan assigmnet sendiri. hehe... bukan setakat assigment pelajar diploma, bachelor, master dan phd pun aku dah pernah buatkan..... . Yg penting aku mendapat ilmu dari sistem ini. Cuma yg aku kesalkan........... pelajar ini apabila mendapat ijazah nanti... apa akan jadi... hidup malas berfikir.... dan kurang motivasi... itulah bangsaku.... Pengalaman yg paling mnecabar apbl aku cuba menyiapkan assigmnt pelajar Sains komputer.. rasa macam aku lak yg nak ambik peperiksaan.Mmg mencabar minda... dan kreativiti...... ala..melalut lak sampai cerita ni..ok stop dulu...sambung...nanti..

2 comments:

Antulawa said...

sah penyakit itu ubatnya komputer...hehheh
emmm bagus tu Yusri upgrade diri anda ok!

Anonymous said...

thanks... antulawa...